
SKSTD Sekolahku akan bercuti selama seminggu sempena cuti sekolah.
BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai impak penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
''Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu.
''Jadi semua pihak perlu tampil bersama-sama mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, penularan H1N1 dijangka berlarutan dalam tempoh satu atau setahun setengah lagi dan ia diramal menular lebih cepat pada musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober hingga Disember ini.
Sepanjang tempoh itu katanya, orang ramai turut terdedah dengan penyakit berjangkit lain.
Justeru katanya, setiap lapisan rakyat perlu mengambil serius setiap langkah proaktif termasuk meningkatkan kebersihan diri tanpa mengharapkan program-program pencegahan yang dijalankan kerajaan semata-mata.
''Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah," tambahnya.
Kajian WHO juga katanya, menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda dengan jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.
''Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang. Kajian WHO ini mungkin tidak begitu tepat tapi kita kena beri perhatian sewajarnya," jelasnya.
Tiong Lai berkata, walaupun kajian WHO menunjukkan risiko kematian pesakit yang dijangkiti H1N1 amat rendah iaitu antara 0.1 hingga 0.4 peratus tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya langkah pencegahan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sementara itu katanya, tiga lagi kematian akibat H1N1 direkodkan setakat semalam menjadikan jumlah korban akibat penularan virus itu meningkat kepada 59 orang.
Katanya, tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 dan 29 tahun yang masing-masing menghidap penyakit jantung dan obesiti.
''Seorang lagi mangsa ialah wanita berusia 44 tahun yang menghidap asma dan disahkan meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan," tambahnya.
(sumber Utusan Malaysia Online)
Abdul Rahim Kajai sehingga kini masih merupakan satu enigma. Beliau sering dikaitkan dengan dunia persuratkhabaran. Beliau adalah antara wartawan yang dikenali oleh pembaca dalam tahun 1930-an. Kajai yang mula menceburkan diri dalam dunia kewartawaanan Melayu pada Mac 1930 sebagai penolong pengarang Saudara, kemudian berkhidmat dengan beberapa akhbar lain seperti Majlis, Warta Malaya dan cabangnya Warta Ahad dan Warta Jenaka, serta Utusan Malaya dan cabangnya Utusan Zaman dan Mastika
Menurut sahabat-sahabat seangkatan dengannya iaitu, Onn Jaafar, Othman Kalam, Ahmad Noor Abdul Shukur dan Syed Alwi Al-Hadi, Kajai adalah seorang wartawan yang mashyur dan mendapat tempat utama serta digelar sebagai "Bapa Wartawan Melayu" di kalangan wartawan-wartawan Melayu dalam tahun-tahun 1930-an. Di antara ruangan yang ditulis oleh Kajai yang diminati mereka ialah ruangan rencana pengarang. Ruangan ini banyak mengandungi pengajaran-pengajaran dan kata-kata yang bersemangat untuk memajukan bangsa Melayu. Mengikut pendapat Haji Mohd Yusuf Ahmad, sekiranya beliau menjadi pengurus suratkhabar dalam tahun-tahun 1930-an, Kajailah yang dipilih menjadi pengarangnya kerana beliau mempunyai kebolehan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan pandai memikat hati pembaca ketika itu .
Riwayat Hidup Abdul Rahim Kajai
Kajai dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894. Beliau terkenal di kalangan orang banyak atau melalui karya-karya penulisannya dengan nama Abdul Rahim Kajai dan yang ringkas sekali, Kajai. Bapa Abdul Rahim Kajai, Salim Kajai berasal dari Kampumg Kajai Minangkabau, Sumatera. Sempena dengan nama kampung tersebut, ayah beliau yang bernama Salim dipanggil Salim Kajai. Ayah Kajai datang dari keluarga yaag agak mewah dan mempuyai pegangan agama Islam yang kuat.
Kajai dipelihara dengan baik oleh ibu dan neneknya hingga mendapat pendidikan yang sempurna. Kajai dihantar belajar ke Sekolah Melayu Setapak, pada tahun 1900. Beliau merupakan seorang budak yang cergas apabila dipilih untuk melanjutkan pelajaran dengan percuma di Sekolah Inggeris, tetapi ibu bapanya menolak tawaran itu kerana mereka tidak mahu sama sekali Kajai berpendidikan Inggeris. Sebaliknya mereka menghantar Kajai belajar agama di Mekah selama tiga tahun setelah tamat darjah lima sekolah Melayu Setapak pada tahun 1906.
Kajai diberi asuhan dan didikan agama Islam kerana keluarga Kajai sangat taat kepada ajaran Islam. Tetapi hatinya sangat berhajat untuik meneruskan pelajarannya ke Sekolah Inggeris. Ini terbukti apabila beliau sanggup belajar sendiri bahasa Inggeris setelah tiadak berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris.
Setelah kembali dari Mekah pada tahun 1909, Kajai bekerja sebagai penjilid dan kemudiannya menjadi pengatur huruf Melayu di pejabat cap kerajaan di Kuala Lumpur selama tiga setengah tahun. Pada tahun 1912-1913, beliau pergi ke Singapura untuk bekerja sebagai pengantar huruf Inggeris di syarikat Malaya Publishing House.
Atas dorongan untuk meningkatkan kerjayanya, Kajai berhenti setelah beberapa bulan dan pada awal 1913, Kajai kembali ke Kuala Lumpur dan menjadi pelukis pelatih di sebuah pejabat jurutera bangunan. Kemudian, beliau bekerja dengan kerajaan sebagai pelukis sementara di jabatan ukur Kuala Lumpur untuk beberapa bulan.
Apabila bapanya meninggal dunia padatahun 1913, Kajai terpakasa berhenti kerja dan pergi ke Mekah untuk menjaga adik perempuannnya, Maryam. Kajai juga meneruskan pekerjaan bapanya sebagai Sheikh Haji di Mekah. Selepas Perang Dunia pertama, Kajai kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1917 ketika berusia 23 tahun dan beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Ketika usianya 26 tahun (1919/1920), beliau mula meminati bidang kewartawanan. Beliau pernah menyumbangkan rencana-rencana berkenaan sosial dan agama serta berita di dalam Utusan Melayu dan Lembaga Melayu. Di antara guru-guru ilmu kewartawanan Kajai ialah Mohd. Yunus Abd. Hamid dan Syed Syekh Ahmad Al-Hadi.
Pada tahun 1920, Kajai pergi ke Mekah untuk menguruskan hal-hal perniagaan dan pekerjaan Sheikh Haji serta hal-hal persendiriannya. Di samping itu, Kajai juga menjadi wakil wartawan bagi suratkahbar migguan Idaran Zaman yang mula diterbitkan di Pualu Pinang pada Januari 1925. Kajai telah menyumbangkan berita-berita yang menarik dari Mekah lebih kurang tiga tahun sehingga 1927. Pada tahun 1928, Kajai dan keluarganya terpaksa kembali ke Tanah Melayu kerana kematian ibunya di Setapak.
Kajai mula bertugas sebagai penolong pengarang akhbar Saudara pada Mac 1930. Selepas berhenti berkhidmat dengan Saudara, Kajai memegang jawatan sebagai pengarang di akhbar Majlis yang bermula penerbitannya pada 17 Disember 1931 di Kuala lumpur. Pada 1 Februari 1935, beliau memegang jawatan sebagai wakil akhbar Warta Malaya di Kuala Lumpur. Seterusnya pada 7 disember 1936, Kajai dilantik menjadi pengarang Warta Malaya di Singapura. Kajai merupakan seorang wartawan yang mendapat gaji yang paling tinggi sekali ketika berkhidmat dengan Warta Malaya.
Di antara wartawan yang mendapat asuhan Kajai dalam bidang kewartawanan ialah Ramle Hj. Tahir, A. Samad Ahmad dan Ibrahim Hj. Yaakub di Majlis serta Zainal Abidin b. Hj. Ahmad, Mohd Dahlan Mas'od, Syed Abdullah Abd. Hamid dan Ishak Hj. Muhammad di Warta Malaya.
Di samping bekerja sebagai wartawan, Kajai juga melibatakan diri dalam kegiatan-kegiatan sukarela. Semasa menjadi wakil khas Warta Malaya, Kajai dilantik menjadi ahli kehormat "Persidangan Melayu Setapak" yang diketuai Muhamad Zakariah. Kajai tidak ketinggalan melibatkan diri dalam kegiatan keagamaan dan pernah dilantik menjadi ahli jawatankuasa masjid Setapak.
Kajai berhenti secara rasmi dari menjadi pengarang Warta Malaya dan terus berkhidmat sebagai pengarang dengan Utusan Melayu, iaitu sebuah akhbar yang dimodali dan dimiliki oleh 'orang Melayu jati' pada bulan Ogos 1939. Tidak berapa lama kemudian Kajai telah diberi tanggungjawab mengetuai sidang pengarang syarikat Utusan Melayu.
Pada bulan Mac 1941, Haji Othman Abdulah, Kajai dan Haji Dahlan Mas'ud telah bersetuju menerbitkan akhbar yang dinamakan "Perubahan Baharu" atas nasihat Jepun. Kajai juga diminta oleh pihak Jepun untuk bertugas sebagai pengarang akhbar "Berita Malaya" pada 1 Januari 1943. Pada bulan Julai 1943, Kajai diserang penyakit dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 5 Disember 1943, iaitu setelah lima bulan menderita dalam kesakitan
Sumbangan Kajai Dalam Dunia Persuratan Melayu
5.1. Akhbar Saudara (1930-1931)
Pada permulaannya, Kajai telah menulis rencana yang berhubung dengan ekonomi orang Melayu. Kebolehan Kajai dalam bidang kewartawanan telah memberi keyakinan kepada penerbitnya menyerahkan tugas pengarang saudara yang dikosongkan oleh Mohd Yunus Hamid kepada Kajai pada 30 Ogos 1930. Di antara tugas penting Kajai ialah menulis rencana pengarang dan menyunting Saudara. Di dalam ruangan pengarang, Kajai banyak menulis tentang pembaharuan agama Islam mengikut fahaman Kaum Muda. Walaupun perkara tentang keugamaan lebih diutamakan, tetapi perkara-perkara yang berhubung dengan orang-orang Melayu seperti pelajaran, poitik dan ekonomi turut dibincangkan.
Kajai telah menggunakan rencana-rencana dan ruangan rencana pengarang untuk mengemukakan pandangannya terhadap kemajuan bangsa Melayu. Bagi Kajai, rencana-rencana pengarang yang bersemangat sangatlah penting unutk menaikkan semangat pembaca. Di samping itu, beliau berkata:
…di mana kepala rencana sebolehnya-bolehnya dirupakan dan dijadikan suatu letupan yang terlalu hebat supaya menarik dan membangkitkan hati pembacanya.
Di antara rencana pengarang yang ditulis oleh Kajai ialah "Jinjang Penghidupan Kita" (27 Disember 1930) yang menggalakkan orang Melayu bercucuk tanam. Begitu juga Kajai turut membincangkan tentang peri pentingnya pelajaran Inggeris seperti pada keluaran 7 Mac 1931 di bawah tajuk "Pelajaran Inggeris di Sekolah Melayu" dan "Rintisan Fikiran Atas Perjalanan Pelajaran Anak-anak Melayu di Sekolah Melayu" (21 Mac 1931)
Kajai turut membincangkan tentang penglibatan politik di Tanah Melayu ketika itu. Umpamanya ruangan rencana pengarang keluaran 18 april 1931, yang bertajuk "Orang-orang Melayu Denagn Tanahair Watan Datuk Nenek Moyangnya", membincangkan keadaan Tanah Melayu ketika itu di mana orang asing asyik menuntut haknya di Tanah Melayu. Begitu juga tajuk-tajuk yang berhubung dengan politik turut dibincangkan oleh Kajai seperi "Perhimpunan Besar Kongres Malaya" (25 April 1931) , "Adakah Kebangsaan Melayu Itu bersemangat lagi?" (9 Mei 1931) dan lain-lain.
Kajai turut memainkan peranan penting mengkritik akhbar-akhbar yang wujud ketika itu seperti Lidah Benar, berhubung dengan masalah amalan agama Islam tentang 'taklid'. Semasa berkhidmat denga akhbar Saudara, beliau telah menulis tidak kurang lima buah rencana yang berhubung dengan sosioekonomi orang Melayu di bawah tajuk "Pemandangan di Atas Kemunduran Melayu" pada keluaran 1, 19, 26 April dan 3 Mei 1930.
5.2. Akhbar Majlis (1931-935)
Di samping menulis di dalam ruangan rencana pengarang, Kajai turut juga menulis ruangan kecil di setiap keluaran Majlis di bawah tajuk "Macam-macam" dengan menggunakan nama samarannya si Luncai. Di dalam ruangan rencana pengarang, Kajai menulis tentang persoalan-persoalan yang berhubung dengan kemajuan orang Melayu. Ruangan tersebut banyak memberi pandangan dan teguran kepada pemerintah Inggeris supaya orang Melayu diberikan perhatian yang sewajarnya. Kali ini Kajai menitik-beratkan tentang keraguannya terhadap orang -orang asing di Tanah Melayu, baik dari segi bilangan mahupun tuntutan mereka. Ini terdapat di dalam ruangan rencana pengarang seperti, "Seruan Kita Kepada Anak-anak Melayu, Hendaklan Sabar, Tekun, Setia dan Amanah Lain-lain Lagi Wajib Memandang Lebih jauh" (11 April 1932), dan "Benih Pecah Belah Subur, Melayu Dagang Dicemburui, Peluang Bangsa Melayu Semakin Terbuak", (17 November 932).
Berhubung dengan kepentingan oarng Melayu, Kajai lebih membincangkan tentang ekonomi dan politik orang Melayu supaya mereka lebih maju dan bersatu untuk menandingi bangsa-bangsa asing seperti dalam rencana "Orang Melayu Jangan Membuang Baka, Persekutuan Melayu Am Wajib Diadakan", (8 September 1932) dan "Mari Bersatu", (12 Jun 1933) Kajai turut memainkan peranan yang penting di dalamn menyumbangkan idea-idea seperti yang telah dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan berhubung dengan kepentingan orang Melayu.
Masalah kepentingan pelajaran, bahasa Melayu amalan agama Islam dan mengikiskan adat-adat yang lapuk, turut juga dibincangkan oleh Kajai. Ini seperti yang terdapat di bawah tajuk, "Bahasa Melayu Tidak Berharga" (11 Januari 1932), "Anak Melayu dengan Pelajaran Inggeris" (21 November 1932) dan "Urusan Agama Mesti Diratakan Lagi" (26September 1932) .Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku demi untuk kepentingan orang Melayu turut dibincangkan oleh Kajai seperti masalah desentralisasi, tanah simpanan Melayu, pertentangan idea kaum muda dengan kaum tua, masalah kemelesetan ekonomi (1931-1932) dan sebagainya.
5.3. Syarikat Akhbar Warta Malaya (1935-1939)
Di ruangan rencana pengarang, Kajai tetap mengingatkan orang-orang Melayu tentang bahaya-bahaya orang asing. Masalah masyarakat Melayu tentang pelajaran, ekonomi, bahasa dan pergerakan poitik turut juga dibincangkan oleh Kajai. Di antaranya ialah "Belia-belia Melayu yang Berpelajaran" (26 Disember 1936), "Peraturan Melayu Pahang" (2 Mac 1938) dan "Takrif Bahasa Melayu".
Kajai juga turut membincangkan rencana-rencana yang berhubung dengan pergolakan politik dan peperangan di luar negeri. Di antara rencana-rencana beliau ialah "Cina bersungguh-sungguh Negeri-negeri Domakrat Berteguh" (4 Mei 1939) , "Perubahan Baru bagi Dunia Arab" (25 Mei 1939) dan sebagainya.
5.4. Syarikat Akhbar Utusan Melayu ( 1939-194)
Kali ini Kajai banyak membincangkan dan memberi nasihat kepada orang-orang Melayu supaya berhati-hati dengan orang-orang Islam yang bukan dari keturunan Melayu. Di antara yang ditulis oleh Kajai dalam ruangan rencana pengarang ialah, "Matahari Takrif Melayu", (1 Jun 1940) dan "Siapa Yang Berkata Melayu Malas", (10 Ogos 1940).
Di samping itu, Kajai lebih mengingatkan orang-orang Melayu supaya bekerja keras dan berhati-hati demi untuk mencapai kejayaan. Di antaranya ialah rencana pengarang yang bertajuk "Bahasa Melayu" 917 Disember 1939) dan "Cemburulah Kepada Derma Pelajaran", 9-10 Mac 1940).
Kegigihan Abdul Rahim Kajai dalam memperdalamkan ilmu pengetahuan serta memberi sumbangan ke arah kemajuan serta perkembangan bangsa dan bahasa Melayu memang tidak dapat disangkal lagi. Ini telah beliau lakukan dalam bidang persuratan yang memang berkait rapat dengan bidang bahasa . Oleh itu tidaklah hairanlah beliau layak digelar sebagai "Bapa Wartawan Melayu' oleh para pengkagum dan pengkritiknya. Tulisannya dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah banyak memberi aspirasi dan motivasi kepada sesiapa jua yang membaca dan menghayatinya. Lantaran itu, wajarlah generasi kemudian mengenang perit jerih pejuang yang telah menjadi kebanggaan bangsa Melayu pada awal kurun ke-20 ini dengan menghayati serta menjiwai sejarah perjuangan beliau..
Ratusan rencana, artikel, cerpen dan buku yang diilhamkan oleh beliau membuktikan kesungguhan dan minat yang mendalam serta tidak mengenal erti penat lelah dalam menyampaikan berita-berita serta gagasan-gagasan yang amat bermakna kepada seluruh masyarakat. Kekuatan isinya, kebernasan ideanya seta kemantapan gaya bahasanya sering menjadi kegilaan di kalangan pemujanya dan oleh yang demikian tidak hairanlah dalam usia yang begitu muda, beliau sudah dapat memegang tampuk jawatan yang dimimpikan oleh setiap insan yang terjun dalam bidang kewartawanan.
BELASUNGKAWA
USTAZ ASRI RABBANI (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)
BERITA kematian di bulan Syaaban sekali lagi menyentap di hati. Pemergian mengejut Ustaz Asri Ibrahim, teraju utama kumpulan Rabbani jam 10.30 pagi 22 Syaaban adalah perkhabaran yang cukup sedih kerana Allahyarham adalah seorang insan yang sangat istimewa, luhur budi perkerti, penuh hemah bila menyusun kata dan amat disayangi di kalangan rakan artis.
Terngiang-ngiang bait lagu 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', 'Qiblat', 'Suara Takbir' dan alunan zikrullah yang dititipkan oleh Allahyarham.
Sebaik membuka blog peribadi Dr Asri, (asrirabbani.blogspot.com) setiap patah perkataan bagai menggambarkan peribadi arwah selama 40 tahun di bumi ini. Jelas sekali kehadirannya sebagai penyanyi, sahabat, suami, ayah, adik, abang dan anak cukup disenangi. Hilangnya akan selalu dirindui....
"Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku."
Begitulah pembuka kata blog Allahyarham Ustaz Asri.
Ramadhan yang akan menjelma selang beberapa hari lagi akan membuat kita lebih mengingati Ustaz Asri kerana kegemersikan, kesyahduan ayat-ayat Quran alunannya sudah begitu sebati dengan kita.
Justeru bila saja perkhabaran tentang pemergian Ustaz Asri diterima, ramai wartawan yang tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata rasa kehilangan.
Memetik kata arwah Ustaz Asri tika ditanya bagaimana dia menjaga ukhuwah antara anggota kumpulan Rabbani. Kata arwah, "semuanya dianggap bagai teman sejati dan saling membantu dan mengingatkan masa susah dan senang."
Dan itulah yang diterapkan di dalam menjalin semangat persahabatan antara sembilan anggota Rabbani.
Kini hanya wajah-wajah sugul keluarga tersayang, teman dan taulan mengiringi pemergian arwah dengan doa agar ditempatkan bersama roh-roh yang baik.
Pernah beberapa kali ketika buntu mengalami kesulitan hidup, arwah sering berpesan, "walau selama manapun kita hidup, penghujungnya pasti mati. Jadi jangan lupa bawa bekalan untuk pulang. "
Begitulah sikap arwah yang paling diingati. Apa saja yang dilakukan, dia akan tetap selitkan nasihat berguna. Walaupun sedang berjenaka, arwah akan tetap berpesan agar buat kebaikan.
Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau mempunyai 13 orang adik beradik. Beliau meninggalkan seorang balu, Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.
Arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Jenazah telah dibawa ke rumahnya di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, di sini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, di sini selepas Maghrib bagi memberi peluang kepada keluarga mertuanya yang datang dari Johor memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.
Al-Fatihah buat Allahyarham. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
(sumber: mstar Online)
1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….
2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa
3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.
4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.
5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.
7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’
8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…
9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus
10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut
11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak
12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’
13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’
14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh
15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur
16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung
17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…
18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…
19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……
Hahahahahahahahhhahahahh !!!!!!!
The Ashes adalah merupakan perlawanan kriket antara Australia dan United Kingdom. Ia merupakan antara perlawanan paling terkenal dan bermula sejak 1882. The Ashes dimainkan 2 tahun sekali, sama ada di United Kingdom atau di Australia.Disebabkan kriket dimainkan semasa musim panas, tempat perlawanan sentiasa bertukar antara hemisfera yang berlainan antara 18 atau 30 bulan.The Ashes ini mengandungi 5 test dengan 2 innings setiap perlawanan di bawah peraturan kriket antarabangsa.
Siri perlawanan ini dinamakan sempena suatu petikan berita di dalam suratkhabar Inggeris, The Sporting Times pada tahun 1882 selepas satu perlawanan di The Oval dimana Australia berjaya mengalahkan United Kingdom buat kali pertama. Petikan akhbar itu berkata, kriket Inggeris telah mati, dan abu mayatnya akan dihantar ke Australia. Media Inggeris mengatakan perlawanan United Kingdon di Australia pada 1882-83 sebagai the quest to regain The Ashes.
Semasa perlawanan itu, suatu piala telah dibuat yang kononnya mengandungi bola dari perlawanan tersebut yang telah dibakar menjadi abu. Ada pula yang berkata abu mayat King Cole, salah seorang pemain Inggeris yang terdapat di dalamnya.
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik di kawasan istana milik Nur ad-Din.
Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Salahuddin berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun Salahuddin tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), beliau dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu beliau sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Beliau bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Salahuddin menyerang neger-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini membei tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib (lihat Kepungan Baitulmuqaddis). Kecuali bandar Tyre tidak ditawan Salahuddin. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Salahuddin. Pada tahun 1188, Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191. Kedua-dua belah pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) . Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.