Friday, March 7, 2014
Monday, October 21, 2013
Salam.....
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah lama menyepi dari dunia blog ini, in sha Allah saya akan mengaktifkan kembali info dan maklumat terkini mengenai SKSTD di laman blog ini..
Doakan agar saya dapat menjalankan blog ini dengan sebaiknya.

Monday, July 22, 2013
Thursday, November 8, 2012
Wednesday, November 7, 2012
KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012
Thursday, October 18, 2012
Monday, September 10, 2012
| SELAMAT MAJU JAYA CALON UPSR TAHUN 2012 |
|
|
|
| Ditulis oleh Zainal Abiddin b. Osman | |
|
Peperiksaan atau ujian ialah satu peristiwa yang sering mendebarkan
calon. Perasaan tersebut tidak terbatas hanya kepada calon UPSR, PMR,
SPM, STPM, malah juga para mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi. Persediaan untuk peperiksaan bermula pada hari pertama murid mempelajari sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan atau ujian ialah kemuncak atau sintaksis kemahiran belajar. Oleh itu, bagi merealisasikan kecemerlangan diri dalam menghadapi saat-saat genting yang penting ini, setiap calon hendaklah bersedia dengan mantap akan aspek mental. Semua calon mesti mempunyai keyakinan diri yang kuat dan perlu percaya bahawa setiap calon mempunyai potensi untuk cemerlang dan lulus dalam ujian atau peperiksaan.Kepercayaan diri sendiri yang positif akan menghilangkan rasa gementar. Kepada semua calon UPSR tahun 2012 yang akan menduduki ujian pada 11 September ini, suka saya ingatkan agar jagalah kesihatan dan dapatkan rehat yang cukup sebelum menduduki ujian. Di samping itu, sila pastikan segala alat tulis telah tersedia dan mencukupi sepanjang masa ujian dijalankan. Jangan terlalu tertekan atau dalam keadaan ’stress’ pada saat-saat akhir ini. Semua calon diharapkan membaca dengan teliti soalan-soalan yang diajukan dan menjawabnya dengan tenang serta yakin. Calon, ibu bapa/penjaga dan guru juga perlu sentiasa peka dengan Jadual Peperiksaan yang telah dibekalkan agar persediaan lebih mantap dapat dirancang. Suka saya ingatkan sekali lagi agar semua calon mengambil sarapan yang seimbang lagi berkhasiat sebelum memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Datanglah lebih awal ke sekolah bagi mengelakkan keadaan yang terburu-buru. Semua calon juga mestilah membaca dengan teliti format serta arahan kertas ujian tersebut dan jawab atau tulis dengan jelas. Semua calon juga dinasihatkan supaya jangan gementar. Selain itu, kepada semua calon, ibu bapa/ penjaga dan guru agar sentiasa berdoa untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Saya penuh yakin dan percaya semua usaha gigih yang telah kita sama-sama rancang dan jalankan pasti membuahkan hasil yang terbaik. Justeru, tinggilah harapan saya agar apa yang kita harapkan bersama-sama iaitu Ke Arah Hilir Perak Nombor 1, insyaallah akan berjaya. Usaha Tangga Kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Selamat Maju Jaya. Sekian, terima kasih. Zainal Abiddin bin Osman, AMP Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak Sumber : http://www.ppdhilirperak.edu.my |
Saturday, August 18, 2012
Doa Ramadan hari ke-28: "Ya Allah, penuhkan hidupku dengan amalan sunnah
dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang
tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta."
Doa Ramadan Hari Kedua Puluh Sembilan: "Ya Allah, hiasilah aku dengan
rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan
hatiku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman."
Sumber : Berita Harian Online
Thursday, August 16, 2012
Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Enam
"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosaku sebagai dosa yang diampuni, kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan keaibanku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar."

Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Tujuh
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
"Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maafku dan hapuskan dosa serta kesalahanku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh."
Sumber : Berita Harian Online
Tuesday, August 14, 2012
Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Lima
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya' Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi."
Sumber : Berita Harian Online
Monday, August 13, 2012
Doa Ramadan : Hari Kedua Puluh Tiga
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
"Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diriku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hatiku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa."
Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Empat
"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta."

Saturday, August 11, 2012
Hari Kedua Puluh Dua
"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan dan turunkan bagiku keberkatan Mu. Berilah kepadaku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan."
Sumber : Berita Harian Online
Friday, August 10, 2012
Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh Satu
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan orang meminta."
Sumber : Berita Harian Online
Thursday, August 9, 2012
Doa Ramadan: Hari Kedua Puluh
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
"Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman."
Sumber : Berita Harian Online
Wednesday, August 8, 2012
Doa Ramadan: Hari Kesembilan Belas
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
Sumber : Berita Harian Online
Tuesday, August 7, 2012
Doa Ramadan: Hari Kelapan Belas
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak. "
"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaranMu, dengan cahayaMu wahai penerang hati orang yang bijak. "
Sumber : Berita Harian Online
Subscribe to:
Posts (Atom)