Tuesday, March 20, 2012

MAHRAJAN KESENIAN ISLAM DAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN KELOMPOK 7

Hari ini 20 hb MAC 2012, SK Sg Tiang Darat telah menjadi tuan rumah Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam Kelompok 7 tahun 2012. Seramai 7 Sekolah menyertai pertandingan ini. Ketika ini pertandingan sedang berlangsung dan persaingan amat sengit.

Kami akan memuat naik pemenang pertandingan ini. secepat Mungkin Insya Allah.

Monday, March 12, 2012

Terkini dari PPDHIPER

Maklumat Terkini Berkenaan Nasyid dan Hafazan

Perhatian semua S/U Makdis
SM dan SK Daerah Hilir Perak

1. Nasyid SM & SK: terdapat beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh Bah. Pendidikan Islam KPM kepada peraturan nasyid. Surat siarannya, download di sini.
2. Hafazan SM: surah ad-Dukhan yang baru dimasukkan pada awalnya sukatan dahulu, kini dimansuhkan buat tahun ini.  Surat siarannya, download di sini.

Sekian dimaklumkan.

Senarai Nama Hakim dan Jurukira MTQ dan MKI Tahun 2012

SEDIKIT PERUBAHAN..!!!!

Perhatian semua Ketua Jamaah Hakim Kelompok dan Zon....!!!!

Tuan boleh melihat senarai nama hakim bagi kelompok dan zon YANG TERKINI  di sini.
Sebarang masalah hubungi Ustazah Hajah Tijah bt. Samsuddin.

Surat Lantikan Hakim, Urusetia MTQ dan Guru Pengiring

Semua Para Hakim
Semua Urusetia Pertandingan
Semua Guru Pengiring

Tuan/puan boleh memuat turun surat menjadi hakim, urusetia dan guru pengiring di sini.
- Lantikan hakim & urusetia MTQ kelompok/zon
- Lantikan guru pengiring
Mohon gunakan surat ini dengan penuh amanah untuk menjalankan tugas-tugas rasmi MTQ daerah Hilir Perak tahun 2012.

Terima kasih.

Syarat Syarahan Spontan SM

Semua Setiausaha Makdis
Sekolah Menengah
Daerah Hilir Perak

Di sini saya sertakan syarat-syarat serta pelaksanaan pertandingan Syarahan Spontan.
1. Syarat Syarahan Spontan
2. Borang Hakim Syarahan Spontan

Semoga semua sekolah dapat menguasai sepenuhnya cara dan pelaksanaannya di peringkat sekolah.

Buku Panduan Pelaksanaan Hari-Hari Kebesaran Islam Sekolah KPM

Perhatian Kepada Semua Guru Pendidikan Islam
Daerah Hilir Perak

Ustaz dan ustazah boleh memuat turun "Buku Panduan Pelaksanaan Hari-Hari Kebesaran Islam Sekolah KPM" untuk sekolah masing-masing sebagai panduan menjalankan aktiviti dakwah di sekolah. Ustaz / Ustazah boleh memuat turun buku berkenaan melalui ruangan download di sebelah.

Sekian terima kasih.

Takwim Aktiviti Ko-Kurikulum Pendidikan Islam Daerah Hilir Perak

Makluman dan tindakan semua S/U Makdis
SK dan SM Daerah Hilir Perak

Berikut adalah Takwim Aktiviti Ko-Kurikulum Pendidikan Islam bagi peringkat negeri dan daerah Hilir Perak. Semoga mendapat perhatian dan persediaan kepada pelajar tuan berkenaan tarikh di bawah.

BIL
TARIKH NEGERI
PROGRAM
TARIKH DAERAH
1
26 - 28 Mac 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam SMKA
-
2
6 - 7 April 2012
Majlis Tilawah al-Quran KPM
-
3
20 - 21 April 2012
Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah KPM
31 Mac 2012
4
22 - 23 Jun 2012
Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah KPM
10 Mei 2012
5
2 - 4 Julai 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah
15- 16 Jun 2012
6
11 - 12 Mei 2012
Mahrajan Kesenian Islam Sekolah-sekolah KPM
28 April 2012
7
3 - 5 September 2012
Nadwah Kepemimpinan Islam SABK
-
8
28 - 29 September 2012
Ihtifal jQAF dan Khatam al-Quran
14 Julai 2012
9
9 - 10 Oktober 2012
Khemah Ibadah Sekolah Rendah
5 - 6 Oktober 2012

Tuesday, February 28, 2012

Johan Daerah Hilir Perak Sepak Takraw 2012

Dari Kiri: Cikgu Din(Pengurus) , Cikgu Fahrul(Jurulatih), Encik Alias(Penyelia Sukan PPD), Cikgu Saharudin(PK KOKO), Cikgu Shafiq ( Jurulatih)

Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Guru Besar SKSTD Puan Mardziatul Bee, barisan Penolong Kanan En. Nadzri, Puan Hjh Zawiyah dan En Saharudin serta barisan Jurulatih En. Fahrul,En. Khairuddin,En. Shafiq, En Sharin, En Sharifuddin serta sokongan para guru dalam merealisasikan impian ini. Kepada M. Hazni, M. Fitri, Atif dan M. Syafiq , kegigihan dan kejayaan anda selaku pemain akan diingati oleh sekolah. Moga kejayaan ini berterusan. MAJU SKSTD...

Thursday, February 23, 2012

PERADUAN MENULIS CERITA KANAK-KANAK 2012


Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012

Perhatian kepada semua guru sekolah rendah dan menengah,
Penyertaan untuk peraduan di atas adalah dibuka. Sekiranya berminat, sila muat turun borang dan syarat peraduan di bawah.

Untuk muat turun, Sila Klik Di Sini...

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
b.p.: Ketua Sektor Pengurusan Akademik.

Tahniah......

Tahniah....
Alhamdulillah sekali lagi SKSTD muncul johan Kejohanan Balapan dan Padang Kelompok 7 buat tahun kedua berturut-turut. Sokongan padu dari Puan Guru Besar, Cikgu Mardziatul dan barisan Penolong Kanan terdiri daripada Cikgu Nadzri, Cikgu Zawiyah dan Cikgu Saharudin berjaya merealisasikan kejayaan ini. Tunjuk ajar Cikgu Khairuddin dan Cikgu Shafiq serta motivasi dari guru seperti Cikgu Fahrul, Ustaz Salleh, Cikgu Yati, Cikgu Vimala, Cikgu Syidah serta guru-guru lain berjaya mencipta kejayaan ini. Sekalung tahniah kepada barisan atlet kerana mengharumkan nama sekolah kita.





PENCALONAN ANUGERAH KEPIMPINAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2012


Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Assalamualaikum W.B.K dan Salam Sejahtera
Semua Ketua Sektor JPN Perak
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
PENCALONAN BAGI ANUGERAH KEPIMPINAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012
Merujuk kepada pengumuman melalui Portal JPN bertarikh 16/02/2012 yang dikeluarkan oleh SICT bertajuk  PENCALONAN BAGI ANUGERAH KEPIMPINAN DALAM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, SEMPENA HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012.
Dimohon semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah dapat mencadangkan calon dari kalangan pemimpin pengurusan di peringkat JPN, PPD dan Pengetua/Guru Besar di sekolah  untuk anugerah tersebut.
Borang pencalonan Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi hendaklah dilengkapkan oleh pencadang  dan dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) Jabatan Pelajaran Perak sebelum atau pada 2 Mac 2012 (Jam 12.00 tengah hari) .
Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tuesday, February 21, 2012

j-QAF


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR 2011)

RPT BAHASA ARAB TAHUN 1 KSSR 2011

DOWNLOAD>>RPT B.ARAB TAHUN1 KSSR(2011)


RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 2011

DOWNLOAD>> RPT B.ARAB TAHUN 4 (2011)


BAHASA ARAB

PENDIDIKAN ISLAM

BAHAN KSSR 2011

MUAT TURUN (KOLEKSI SOALAN J-QAF)

MUAT TURUN (BAHASA ARAB)

MUAT TURUN (PENDIDIKAN ISLAM)

MUAT TURUN KEM BESTARI SOLAT

MUAT TURUN UMUM

Wednesday, January 18, 2012

PK Ko-Ku Baru SKSTD

Cikgu Saharudin Bin Mohd Shah
Opsyen Bahasa Inggeris/ MPRM
Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Sungai Tiang Darat

Seluruh Warga SKSTD mengucapkan Selamat datang kepada beliau.
Semoga Tempat ini atau warga sekolah ini akan membuat cikgu gembira dan selesa berkhidmat bersama kami.

Thursday, January 12, 2012

Bulan-Bulan Islam



(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.
Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Wednesday, December 28, 2011

SERAH BORANG SBPA DILANJUT DILANJUTKAN KE 15 JANUARI



Berita Harian

Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.m
2011/12/24

Permohonan opsyen usia pencen 60 tahun kekal 31 Disember: JPA


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Dr Ismail Alias, berkata tarikh akhir untuk penyerahan borang opsyen bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun kekal pada Sabtu depan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA di sini semalam.


Pada masa sama, Ismail mengesahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, sendiri akan mengadakan satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.


“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, tempoh opsyen (lanjutan) umur persaraan kepada 60 tahun tetap (berakhir) pada 31 Disember kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.


“Bagi opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak (31 Disember ini), JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, di Ibu Pejabat JPA, di sini, semalam.
Rundingan lebih tiga jam itu diadakan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, supaya JPA dan CUEPACS segera duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu berbangkit berhubung SBPA, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.


Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.


Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan JPA dan CUEPACS menetapkan tiga bulan untuk menyelesaikan isu pelarasan gaji anggota keselamatan Gred 17 supaya mereka dapat menikmati kadar upah sama dengan kakitangan kerajaan berkhidmat di bahagian pentadbiran bergred itu.


Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.


Katanya, JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.


Beliau juga berkata, ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian.


“JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.


“Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara 'baik' sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain,”katanya