Wednesday, August 11, 2010

Pakaian Di Syurga...


Petikan dari Mukjizat Al-Quran Saqafah Islamiah
Kitab The Miracle 15 in 1

Pakaian ahli syurga adalah 'sundus' dan 'istabraq'. Iaitu sutera bulu halus dan tebal keluar dari kelopak bunga pohon Tuba dan warnanya bermacam-macam putih, merah, hijau, kuning dan hitam. Mereka memakai gelang emas dan perak, mahkota intan berlian yang mutiaranya adalah 'yakut'.

Jika manusia di dunia ini melihat pakaian-pakaian tersebut, tentu mereka pengsan kerana tidak tahan melihatnya.

Kasut mereka tebal dan empuk. Tempat mereka tinggal berhamparkan permaidani yang sangat indah. Ada khemah yang tingginya 60 batu dan setiap sudutnya terdapat isteri-isterinya. Ada ranjsng berderetan yang berhias, yang boleh dilaraskan tinggi rendahnya. Namun ranjang ini bukanlah untuk tidur kerana di syurga itu tidak ada tidur sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi saw "Tidur itu saudara kematian. Ahli syurga tidaklah tidur."



Bagi mereka disediakan sofa 'al-arikah', iaitu sofa pengantin yang dipadukan dengan ranjang yang berhias. Di dalamnya mereka dilayani oleh pelayan-pelayan yang sentiasa muda..

Isteri-isteri penghuni syurga itu 'muthahharah', iaitu bersih dari haid, ingus, ludah, najis dan tinja. Mereka disebut 'al-hur' kerana sentiasa muda, cantik, kulitnya mulus, bagian hitam matanya sangat hitam dan bagian putihnya sangat putih. Mereka tidak pernah digauli oleh sesiapa pun sebelumnya, dipingit, dan selau perawan. Mereka disebut 'uruban' kerana selain cantik juga amat pandai berkomunikasi dan pandai memberikan yang terbaik kepada suaminya.

No comments:

Post a Comment