Wednesday, December 28, 2011

SERAH BORANG SBPA DILANJUT DILANJUTKAN KE 15 JANUARI



Berita Harian

Oleh Haika Khazi
haikakhazi@bharian.com.m
2011/12/24

Permohonan opsyen usia pencen 60 tahun kekal 31 Disember: JPA


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA, Datuk Dr Ismail Alias, berkata tarikh akhir untuk penyerahan borang opsyen bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun kekal pada Sabtu depan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA di sini semalam.


Pada masa sama, Ismail mengesahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, sendiri akan mengadakan satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.


“Kita akan meneruskan SBPA dan sebenarnya CUEPACS tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, tempoh opsyen (lanjutan) umur persaraan kepada 60 tahun tetap (berakhir) pada 31 Disember kerana ia membabitkan banyak isu perundangan.


“Bagi opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak (31 Disember ini), JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Januari depan,” katanya kepada pemberita ketika sidang media bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, di Ibu Pejabat JPA, di sini, semalam.
Rundingan lebih tiga jam itu diadakan berikutan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, supaya JPA dan CUEPACS segera duduk semeja bagi menyelesaikan semua isu berbangkit berhubung SBPA, sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.


Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama.


Dalam pada itu, Ismail juga mengesahkan JPA dan CUEPACS menetapkan tiga bulan untuk menyelesaikan isu pelarasan gaji anggota keselamatan Gred 17 supaya mereka dapat menikmati kadar upah sama dengan kakitangan kerajaan berkhidmat di bahagian pentadbiran bergred itu.


Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.


Katanya, JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.


Beliau juga berkata, ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian.


“JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.


“Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara 'baik' sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain,”katanya

CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SELESAI



Berita Harian

Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/12/24

Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul


KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.


Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.


Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.


“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.


Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.


Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.


“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. 

Sunday, December 18, 2011

Monday, October 17, 2011

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA...




Admin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada semua warga SKSTD. Ampun dan maaf dipohon agar lebaran kali ini memberi seribu erti kepada semua.

Friday, August 19, 2011

KATA-KATA HIKMAH

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Al-Quran


Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Friday, August 12, 2011

Kisah Sedih seorang anak dan ibu tersayang



Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
 
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
 
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

10 Jenis Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan



Syaitan yang dirantai ketika bulan Ramadhan itu ada 10 jenis iaitu :-

1. Iblis laknatullah itu sendiri.

2. Anaknya yang bernama Zalituun - Pakar dalam hal menggoda manusia ke arah sifat membazir dan bakhil.

3. Wathiin - Pakar dalam mendorong manusia berpra-sangka buruk dan putus asa terhadap Allah.

4. A’awan - Pakar yang ditugaskan khas dalam menggoda raja / pemimpin besar supaya bersikap sombong dan takbur serta zalim terhadap rakyatnya.

Kuih Raya Untuk Tempahan Anda


Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
...Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= kuih bangkit
Kuih org x mandi= BAU-LU
Kuih paling tenteram= kuih makmur
Kuih paling lembap= kuih siput.....

Wednesday, August 3, 2011

Fadhilat Puasa Ramadhan


Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Program Tadarus 1432H /2011M

Program Tadarus Al-Quran sedang dijalankan melibatkan murid dan guru-guru SKSTD. Semoga dengan program ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menyerikan lagi kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin..

Kesalahan Sepanjang Ramadhan

  • Berpuasa tapi malas melaksanakan solat wajib lima waktu
    Solat dan puasa termasuk dalam rukun Islam. Janganlah kita abaikan kedua-duanya kerana ianya sangat penting
  • Berlebih-lebihan dan boros dalam makan ketika berbuka serta sahur
    Ramai yang macam ni kan. Kalau tak ada pasar ramadhan memang tak sah bulan puasa kan, itulah pandangan sesetengah orang. Apa-apa pun, jangan membazir dan ketahuilah sebab apa kita berpuasa
  • Berpuasa namun masih melakukan maksiat
    Salah satu sebab kita puasa adalah menahan diri dari segala aktiviti maksiat dalam Islam. InsyaAllah kita dapat elakkan benda-benda yang boleh mencacatkan ibadah kita
  • Sibuk berbuka sampai lupa nak solat Maghrib
    Yang ni berkait rapat dengan yang kat atas tu. Yalah ada yang berbuka kat luar, so makan sedap-sedap tapi kerana asyik sangat makan lupa pulak nak solat
  • Masih tidak malu membuka aurat
    Ada juga yang segelintir tidak menutup aurat. Sorry kalau ada yang terasa, niat hanya ingat-mengingati, itu aja
Apa-apa pun, semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Sama-sama le kita ingat mengingati sesama kita kan.

Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan



Selain turunnya wahyu Allah yang pertama di bulan Ramadhan, terdapat beberapa peristiwa besar yang juga berlaku dibulan yang penuh dengan barakah ini. Ketika dahulu, umat Islam yang merupakan umat yang disanjung tinggi dari timur ke barat, kerana terlimpahnya rahmat Allah kesan dari penerapan Islam dalam kehidupan mereka. Namun begitu, pada masa sekarang, setelah runtuhnya entiti penyatuan umat Islam, iaitu Khilafah pada 27 Rejab 1342H (3 Mac 1924), umat Islam dirundung penyakit yang semakin parah. Semoga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan terakhir bagi umat Islam berpuasa tanpa Khilafah.

Tuesday, August 2, 2011

Tazkirah : Persediaan Ramadhan



Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah “رمض” (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan manakala menurut riwayat dari Mujahid ra (murid ibn Abbas ra) mengatakan bahawa ramadhan ini ialah salah satu dari nama Allah swt dan tidaklah diguna untuk makhluk(lihat takrif ramadhan dalam lisanul arab oleh Ibnu Manzur m/s 245 Jilid 4).

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz Niat Sebulan Puasa
niatsebulanpuasa
             Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala

Lafaz Niat Puasa (Harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini
kerana Allah Ta’ala


Thursday, July 28, 2011

Pelancaran Program NILAM



Pelancaran Program NILAM telah disempurnakan oleh Puan Mardziatul Bee bt Abu Yahya selaku Guru Besar SK Sungai Tiang Darat pada hari Isnin, 26 Julai 2011 yang lalu. Diucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, pelajar dan staf SKSTD yang bekerjasama melaksanakan program ini.

Wednesday, July 27, 2011



Pertandingan Menulis Jawi Tahap 2 sempena Sambutan Isra' Mikraj peringkat sekolah.

Friday, April 1, 2011

JOHAN KELOMPOK 7


Tahniah dan syabas kepada barisan atlet olahraga SKSTD kerana muncul selaku johan kelompok 7....Kejayaan sentiasa bersama kita...Insyaallah

Thursday, March 24, 2011

10 wasiat Hasan al-Banna




1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

Friday, March 11, 2011

Cuti ler pulak......

SKSTD akan bercuti selama 9 hari mulai 12 Mac sehingga 20 Mac sempena cuti pertengahan penggal pertama. Insyallah, 21 Mac kita bersua kembali dan meneruskan kegemilangan SKSTD .
Maju SKSTD

Thursday, March 10, 2011

KEJAYAAN DATANG LAGI...

Alhamdullilah, dalam minggu nie saja, SKSTD telah berjaya melakar kejayaan dalam sukan yang diceburi. Pasukan Sepak Takraw di bawah bimbingan Cikgu Khairuddin, Cikgu Fahrul dan Cikgu Shafiq telah muncul naib johan kelompok 7. Dalam Kejohanan Olahraga Daerah, kita membawa pulang 2 pingat emas melalui acara lompat jauh perempuan bawah 10 dan 11 tahun dan gangsa 100m lelaki bawah 10 tahun. Tahniah diucapkan kepada adik Adila dari tahun5, adik Syafiqah Izzati dari tahun 4 dan adik Idham Aiman dari tahun 3 di atas kejayaan ini. Maju SKSTD....Syabas....

Thursday, March 3, 2011

Rahsia Menu Sihat ala Nabi

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS Al-Ahzab; 33 : 21).

Segala sesuatu yang dicontohkan atau disuruh oleh Rasulullah SAW pasti mempunyai manfaat dan kebaikan yang banyak. Karena sesuai dengan kedudukan beliau sebagai uswatun hasanah, tidaklah beliau berbuat atau berbicara melainkan atas petunjuk dan bimbingan Allah, bukan karena nafsu ataupun keinginannya sendiri.

Sunday, February 20, 2011

Tahniah!!! Kamulah Wira SKSTD



Setelah 20 tahun kemarau kejuaraan Bola Sepak Kelompok 7 , tahun nie sejarah telah tercipta. Dibawah pimpinan baru Puan Jabariah sebagai Guru Besar, sokongan padu Cikgu Abu Khair, Cikgu Nadzri dan Pn. Hjh Zawiyah selaku PK SKSTD, kita muncul sebagai JUARA BOLA SEPAK Kelompok 7 2011. Terima kasih kepada murid-murid yang terlibat dibawah kendalian Ustaz Salleh selaku Ketua Jurulatih dibantu oleh Cikgu Khairuddin, Cikgu Fahrul Azwan dan Cikgu Mohd Syafiq berjaya membawa kejayaan ini. Tidak dilupakan kepada Cikgu Shamsul Azwan yang tidak putus-putus memberi sokongan semenjak perlawanan persahabatan sehinggalah ke perlawanan akhir. kepada semua guru-guru, murid dan warga SKSTD, kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama... HIDUP SKSTD......

Thursday, January 13, 2011

Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram


“Walaupun Bulan Muharram sudah dipenghujung, tapi ustaz rasa ingin menulis tentang kelebihan puasa dibulan ini. Bersama ini ustaz nukilkan fadilat-fadilatnya seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

Friday, January 7, 2011

Guru Besar SKSTD...

Admin mewakili warga SKSTD mengalukan-alukan ketibaan Puan Guru Besar, Pn. Hjh Jabariah ke SKSTD. Puan Guru Besar ini merupakan mantan Guru Besar SK Sungai Nipah... Semoga kedatangan beliau membawa sinar kecemerlangan kepada SKSTD...

SKSTD sekolahnya menawan,
Warganya baik muridnya cemerlang,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga kegemilangan bersama dijulang.

Monday, January 3, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....

Admin mewakili guru2 dan staf SKSTD mengucapkan selamat kembali ke sekolah...
Moga tahun ini kecemerlangan sentiasa bersama kita... AMIN