- Berpuasa tapi malas melaksanakan solat wajib lima waktu
Solat dan puasa termasuk dalam rukun Islam. Janganlah kita abaikan kedua-duanya kerana ianya sangat penting
- Berlebih-lebihan dan boros dalam makan ketika berbuka serta sahur
Ramai yang macam ni kan. Kalau tak ada pasar ramadhan memang tak sah bulan puasa kan, itulah pandangan sesetengah orang. Apa-apa pun, jangan membazir dan ketahuilah sebab apa kita berpuasa
- Berpuasa namun masih melakukan maksiat
Salah satu sebab kita puasa adalah menahan diri dari segala aktiviti maksiat dalam Islam. InsyaAllah kita dapat elakkan benda-benda yang boleh mencacatkan ibadah kita
- Sibuk berbuka sampai lupa nak solat Maghrib
Yang ni berkait rapat dengan yang kat atas tu. Yalah ada yang berbuka kat luar, so makan sedap-sedap tapi kerana asyik sangat makan lupa pulak nak solat
- Masih tidak malu membuka aurat
Ada juga yang segelintir tidak menutup aurat. Sorry kalau ada yang terasa, niat hanya ingat-mengingati, itu aja
Wednesday, August 3, 2011
Kesalahan Sepanjang Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment