Thursday, April 30, 2009

Larangan Makmal Komputer

1. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam Makmal Komputer.
2.Beg murid ditinggalkan di luar makmal dan dilarang dibawa masuk.
3.Tanggalkan kasut sebelum melangkah masuk.
4.Murid adalah dilarang masuk ke makmal sekiranya tiada guru di dalamnya.

LADAP KALI KEDUA





Ladap Kali kedua diadakan di Makmal Komputer Sekolah pada Sabtu lepas. Penceramah adalah dari SK Rungkup.

Wednesday, April 29, 2009

Buku Terbaru Yang Terdapat di Perpustakaan

Tajuk: Detik Tengah Malam

Buku ini mengandungi dua cerita di dalamnya. Buku ini dikarang oleh James Lee dan diterbitkan oleh MPH Publishing. Terjemahan oleh Shajaratuddur Halim.

Cerita #1
Suasana merbahaya yang semakin dirasai! Bolehkah Johnson Wee dan kawan-kawannya menyelesaikan KES JAM SUMPAHAN sebelum dunia kesuntukan masa?

Cerita #2
Burger hijau berhantu dari planet lain? Adakah Elise dan kawan-kawan perempuannya dapat melepaskan diri dari ketakutan MALAM BURGER BERHANTU?

Pelajar Nilam Bulan Ini

Nama: Nurul Balqis bt Abd Khilaf
Jumlah buku cerita: 50+
Buku cerita kesukaan: The Man Who Vanished
Hobi: Membaca dan menyanyi
Lagu Kegemaran: Lagu Pengakap.

Tuesday, April 28, 2009

Guru Bertugas Minggu Ini


Nama: Pn. Siti Hasanah
Panitia: Matematik
Makanan Kegemaran: Kena tanya empunye diri
Minuman: Seperti di atas
Kereta Kegemaran: Kenari

Pengumuman

Sekiranya murid-murid ataupun guru-guru mempunyai bahan untuk dimasukkan ke blog ini, bolehlah berjumpa dengan penyelaras ICT, En. Mohd Bakhtiar. Bahan yang boleh dimasukkan adalah seperti temuramah, lawak jenaka, teka teki, bahan pelajaran, hasil karya, karya seni dll.

Thursday, April 16, 2009

Guru Bertugas Minggu Ini

Nama: Mazlan b. Muhamad
Asal: Keratong, Pahang
Status: Hampir2
Kelulusan: Diploma
Makanan kegemaran: Mi Bandung
Minuman: Air Bandung
Tempat Bulan Madu: Bandung, Insyaallah...

Wednesday, April 15, 2009

Aktiviti



Program LADAP yang telah diadakan di Makmal Komputer Sekolah dengan tajuk Pengurusan Stress dan Kajian Tindakan.

Wednesday, April 8, 2009

STS dan PLBS

Pelaporan masalah kerosakan alatan ICT kini boleh dilakukan secara online melalui STS. Segala peralatan akan disenaraikan dan diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.
PLBS Bahasa Inggeris pula telah ditaklimatkan pada hari Isnin lepas. Pentaksir Sekolah dan Pentaksir Kawasan telah dipanggil untuk mendengar taklimat tersebut.

Ganti Sekolah

Minggu ini murid-murid akan bersekolah pada hari Sabtu untuk menggantikan cuti hari raya nanti. Harap murid-murid bersemangat bersekolah walaupun kena datang hari Sabtu. Sabtu ini akan menggunakan jadual hari Khamis.

Tuesday, April 7, 2009

Aktiviti April

Bulan April ini berbagai perkara berlangsung. Minggu yang lepas telah berlangsung Ujian Pengesanan 1, manakala pada Sabtunya pula telah berlangsung Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri di Manjung. SK Sungai Tiang Darat telah berjaya meraih tempat keempat dari sepuluh sekolah. Walau apa pun tahniah!