Pada malam sambutan tahun baru tempoh hari, kita telah diberi peluang untuk menyaksikan kejadian gerhana bulan separa. Kini, pada 15 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan kejadian Gerhana Matahari Cincin,
Gerhana Matahari Cincin ini akan dapat disaksikan disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Selepas itu ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Namun bagi rakyat Malaysia, kita hanya dapat melihat Gerhana Matahari Separa sahaja pada waktu tersebut.
Kiraan waktu gerhana boleh dirujuk di Falak Online. Bagi kawasan saya, gerhana akan bermula seawal jam 3.03 petang, fasa maksimum pada 4:31 petang dan berakhir pada 5:45 petang.
Pada waktu kejadian gerhana tersebut, kita mungkin tidak dapat mengesan perubahan yang ketara. Paling tidak pun kita akan nampak sedikit perbezaan cahaya di suasana sekeliling matahari sahaja.
No comments:
Post a Comment