Thursday, February 11, 2010

Kenangan Seorang Guru

Setelah tamat pengajian dari UM, saya kemudiannya telah ke Sek Men Pengkalan Chepa iaitu pd tahun 1975. Sebelum saya bercerita tentang peristiwa2 dan kenangan2 semasa di sini, elok dulu saya nyatakan mengapa saya minat menjadi seorang guru. Pertama saya rasa saya sesuai dgn profesion ini. Lagi pun saya dah ada sedikit pengalaman menjadi guru sementara sewaktu menunggu keputusan peperiksaan SC dan HSC dulu. Kemungkinan besar minat itu mungkin telah berputik sejak dari itu.

Di sekolah ini saya mengajar matapelajaran Sejarah, B Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Saya mengajar Sejarah kerana itu merupakan option saya. Bagi B Inggeris pula saya ditugaskan mengajarnya kerana dah tak ada guru opsyen dalam matapelajaran ni. Jadi mungkin saya jadi the next eligible person lah. Kata orang tak ada rotan, akar pon berguna ...

Saya juga seronok bertugas di sekolah ini. Saya telah bertugas di sini selama 9 tahun sebelum akhirnya saya berpindah ke Maktab Perguruan Kota Bharu, yg terletak kira-kira 500meter dr sekolah ini. Walau di mana pun kita bertugas, pasti ada cerita2 lucu dan peristiwa2 yang tidak menyenangkan di sana sini. Itu adalah lumrah yg harus kita hadapi.

Saya masih lagi ingat peristiwa di suatu pagi semasa saya sedang membaca buku di bilik buku teks sekolah. Tiba2 muncul Tuan Pengetua dan memberitahu saya supaya menjaga kebersihan dan tidak menyelerakkan bilik. Pd masa tu cuma ada sebuah saja buku di atas meja saya. Tak tahu saya bagaimana mungkin saya menyelerakkan buku2! Saya begitu terkejut dengan arahan ini, dan tidak mampu menjawab apa2. Saya mendapat tahu kemudiannya, ada pelawat dari sebuah pusat pengajian tinggi akan tiba pada hari itu! Jadi Tuan Pengetua takut kalau bilik itu dan sekitar sekolah tidak kelihatan kemas sewaktu kehadiran tetamu luar.

Suatu hari saya masuk ke kelas, dan seperti biasa semua pelajar berdiri untuk mengucapkan selamat pagi kepada saya. Tiba2 saya ternampak seorang pelajar masih duduk di kerusinya. Saya memanggilnya ke depan dan bertanya mengapa dia tidak bangun dan memberi ucapan. Jawapan yang diberi (dgn gaya biadap) ialah kerana tiada orang yang menyuruhnya berdiri - suatu jawapan yg cuba mempermainkan/memperbodohkan saya. Mendengar jawapan itu saya menghayunkan satu penampar ke mukanya! Kemudian dia terus kembali ke tempat duduknya.

Sebenarnya saya tidak boleh tolerate dengan sikap indiscipline macam ini. Saya nak mengajarnya bahawa peraturan tetap peraturan dan semua orang kena ikut. Selepas itu saya terus mengajar sehingga tamat kelas. Saya buat seolah2 tiada apa yang berlaku. Cuma semasa saya meninggalkan kelas dia telah mengekori saya ke bilik rehat guru. Dia memberitahu saya supaya tidak bertindak begitu dilain2 masa. Saya menghalaunya supaya kembali ke kelas semula. Pelajar ini berdendam dengan saya dan tidak bercakap lagi dengan saya sehingga beliau tamat Tingkatan Lima. Setahun kemudian, sewaktu saya berada di bilik rehat, saya menerima panggilan telefon daripadanya memohon maaf atas siakap biadapnya terhadap saya selama ini.

Saya mengakui bahawa saya ni sedikit tegas dengan pelajar2. Mungkin juga waktu tu saya masih
muda dan darah panas. Kebetulan pula, saya juga salah seorang ahli jawatankuasa disiplin sekolah. Lagi pon saya mengambil kira keadan serta latarbelakang pelajar2 waktu itu yang memerlukan saya bersikap tegas dalam mendisiplinkan diri mereka.

Satu peristiwa yang agak lucu ialah apabila saya terlewat bangun dari tidur, lebih kurang 9.30 pagi, sedangkan pagi tu adalah hari persekolahan. Ia berlaku kerana malam tu saya tidur seorang diri di rumah. Isteri dan anak2 balik ke rumah ibunya di Binjai kerana dua hari lagi ibu dan ayah mertua saya akan berangkat ke Mekah. Saya pula tidur lewat pada malam itu so macam tidur matilah.

Saya terus menghubungi Tuan Pengetua memberitau tentang masalah ini. Saya memberitahu beliau yang saya akan sampai lewat ke sekolah. Selepas bersiap2 dan tanpa melengahkan masa saya terus memandu kereta ke sekolah berjumpa Pengetua sekali lagi dan terus masuk ke kelas. Tidak terlintas di hati saya untuk bercuti atau mengambil MC. Lagi pon kes saya ni orang kata kes genuine. Saya juga yakin Pengetua memahami masalah saya, sebab itu saya beranikan diri memberitahunya.


Satu lagi peristiwa berlaku apabila saya dalam perjalanan ke tempat kenduri di Pengkalan Cepa. Semasa melalui jalan kampung berhampiran sebuah kedai kopi, saya terdengar ada orang memanggil nama saya. Saya memberhentikan kereta untuk melihat siapa yang memanggil saya.
Tiba2 keluar seorang pemuda dari kedai kopi - bekas murid yang saya selalu "ketuk" kerana kedegilannya dalam kelas waktu dulu2. Dia beriya2 meminta saya minum bersamanya - katanya nak belanja cikgu. Saya memberitahunya saya terpaksa pergi ke tempat kenduri dahulu, dan berjanji untuk singgah on my way balik nanti. Just imagine bila saya kembali semula ke tempat kami bertemu tadi, dia masih lagi menunggu saya. Sambil minum2 kami berbual dan mengenang kembali zaman2 sewaktu dia menjadi anak murid saya. Bekas pelajar saya ini walaupon tidak berjaya dalam pelajaran dan tidak memiliki pekerjaan yang baik, tetapi dia tetap menghormati gurunya serta sudi melayan saya. Pd saya, ini juga satu kejayaan buat saya kerana mampu mendidiknya menjadi seorang yg berhemah dan memiliki sifat terpuji - kejayaan guru tidak semestinya dinilai dr sudut pekerjaan/taraf hidup yg dicapai oleh bekas murid semata-mata.

Sekitar tahun 1970an dahulu, masalah disiplin di kalangan pelajar agak ketara juga. Saya masih ingat lagi kisah2 di mana pelajar2 ponteng sekolah, ponteng kelas, hisap rokok, bergaduh dan sebagainya. Tidak kurang juga murid2 yg merasakan diri mereka "gedebe". Misalnya pada suatu hari saya terdengar pelajar2 di kelas sebelah menyebut "Selamat Pagi Cha". Saya terkejut sebab setahu saya di sekolah ni tak ada guru yang bernama begini. Saya terus ke kelas sebelah dan mendapati Cikgu Chee betul ada di situ. Sah budak2 ini telah mempermainkan beliau, kerana Cha adalah suatu sebutan yg degrading dlm loghat Kelantan. Selepas meminta kebenaran dengan beliau dan memohon maaf kerana mengganggu, saya masuk ke kelas dan menanya siapa yang menyebut "Cikgu Cha" tadi. Tiada seorang pon yang mengaku. Selepas itu saya meminta semua pelajar lelaki beratur di koridor dan memberi tahu semua akan didenda kerana mempermainkan guru. Saya merotan setiap orang pelajar lelaki dan memberi tahu mereka perlu bertanggungjawab secara kolektif. Terdengar ngomelan beberapa orang pelajar kepada rakan2 yang mereka tahu telah mempersendakan guru tadi. Selepas peristiwa ini tiada lagi kedengaran masalah ini cuma setiap kali saya melalui kelas ini pasti perlahan2 pintu tingkap ditutup!!

Ada satu lagi peristiwa, kali ini melibatkan seorang pelajar yang baik kelakuannya. Beliau bersama2 rakan lain pernah beberapa kali ke rumah saya. Waktu tu saya saja buat tuisyen kepada mereka. Bukan charge apa2 bayaran pon, FOC. Pada hari yang malang itu, saya sedang mengajar dan menulis sesuatu di papan hitam. Bila saya berpaling semula mengadap kepada pelajar2, saya lihat dia sedang menyikat rambut. Pantang saya pelajar berkelakuan begini. Saya terpaksa mendendanya sebab tidak mahu perlakuan begini menjadi kebiasaan pula. Nampak saja kelakuan seperti ini remeh tapi kalau tidak diperbetulkan, ia akan menjadi lebih serius pula serta menganggu pembelajaran orang lain.

Siapa kata kaum guru tidak mengikuti perkembangan fesyen? Lihatlah gambar di atas. Tengok betul2 seluar2 bell-bottom dan baju2 bercorak polka dots serta boots kami juga bertumit tinggi! Lagi rendah orang itu lagi tinggilah tumit bootnya agar kelihatan lebih tinggi dan macho hehehe!! Rambut juga disimpan sedikit panjang dengan sideburns yang "bertanduk". Memang cara berpakaian seperti ini kurang menepati etika berpakaian bagi seorang guru. Tapi nak buat macam mana, kami kaum guru pon nak ikut fesyen juga hehehe.. Mungkin keadaan pada waktu itu tidak mengizinkan pihak sekolah menguatkuasakan peraturan2 berpakaian yang betul. Pemandangan2 macam ni dah tak ada lagi sekarang ni. Rata2 guru2 sekarang berpakaian ikut etika berpakaian yang betul.

Akhir sekali saya nak cerita satu peristiwa sewaktu saya nak mengisi minyak kereta di sebuah stesyen minyak. Selepas attendant selesai mengisi minyak (masa ni belum ada konsep isi sendiri), tiba2 datang seorang pemuda. Rupa2nya dia adalah bekas murid saya dahulu. Dia menghulurkan wang kepada attendant pam untuk bayar minyak kereta saya. Walaupon saya enggan menerima belanja dia itu tetapi dia bersungguh2 insisted agar saya menerimanya. Akhirnya saya terpaksa terima juga. Kami berbual beberapa ketika sebelum beredar. Dalam hati, saya berkata bertuah saya mempunyai bekas murid seperti ini. Bukan ganjaran/wang ringgit yg jadi ukuran, tapi tanda ingatan itu yg menggembirakan saya!

Sembilan tahun berada di sekolah ini banyak membantu saya dalam menyediakan diri menjadi pendidik. Saya meninggalkan sekolah ini pada akhir tahun 1983 untuk berkhidmat pula di Maktab Perguruan Kota Bharu. Rasanya setakat ini sahaja catatan saya untuk dikongsi pd kali ini, insyaAllah akan disambung pula pd kemudian hari..

(Dipetik dari blog Life as a Pensioner)

No comments:

Post a Comment