Wednesday, April 4, 2012

JADUAL GAJI MINIMUM DAN MAKSIUMUM SSM 2012

emnb_1_

JADUAL GAJI MINIMUM DAN MAKSIUMUM SSM 2012 | Salam satu malaysia semua.Setelah hangat dibahaskan mengenai post jadual gaji matriks SSM 2012 dalam blog aku. Kini aku rasa ada kebenarannya juga sebab merujuk kepada video “Majlis Perhimpunan Penjawat Awam di Putrajaya pada 8hb Mac 2012″ dalam pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib kepada penjawat awam. Pada minit ke 29:00 video tersebut Perdana Menteri ada memberitahu bahawa
“Struktur gaji SSM dari Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1 hingga 54 ditetapkan diantara RM80 hingga Rm320 mengikut gred”
Maka dengan ini saya membuat spekulasi awal bahawa tangga gaji SSM baru bagi Jadual Gaji Minimum Maksimum adalah seperti berikut:-
SITUASI 1
Mari kita lihat pada kes yang saya highlightkan tu, katakan pada 1hb Januari 2012, Gaji SSM anda sebagai contoh P1T10 ialah RM 2509.90
Maka kenaikan 13% X RM2509.90 = RM2836.19 (maka kemungkinan ini gaji baru anda pada KGT 1hb Januari 2012) dan tahun berikutnya barulah dinaikkan RM225 bagi gaji tahun 2013.
SITUASI 2
Mungkin juga pengiraan begini. Pada akhir Disember 2011. gaji terakhir anda ialah pada P1T9 iaitu RM2419.45
Maka kenaikan 13% bagi gaji ini ialah RM2733.98, oleh demikian disebabkan pergerakkan gaji tahunan (PGT) anda berlaku pada 1hb Januari 2012. Maka RM2733.98 + RM225 (PGT Jan 2012) = Gaji yang sepatutnya anda terima pada Januari 2012 ialah RM2958.98
Oleh yang demikian, jika dibandingkan antara Situasi 1 dan Situasi 2, nampaknya Situasi 2 lebih memberikan sedikit keuntungan kepada Penjawat Awam. Jadi sama-samalah kita tunggu jadua gaji minimum maksimum yang sebenar dari JPA.sumber

KLIK IMAGE UNTUK TUMBESAR.
Jadual-Gaji-Minimum-Maksimum-SSM-2012
56a93e65-8f73-4f1b-8810-02e4769f26c0

No comments:

Post a Comment