Monday, September 10, 2012

SELAMAT MAJU JAYA CALON UPSR TAHUN 2012 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Zainal Abiddin b. Osman   
                Peperiksaan atau ujian  ialah satu peristiwa yang sering mendebarkan calon. Perasaan tersebut tidak terbatas hanya kepada calon UPSR, PMR, SPM, STPM, malah juga para mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi.
              Persediaan untuk peperiksaan bermula pada hari pertama murid mempelajari sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan atau ujian ialah kemuncak atau sintaksis kemahiran belajar. Oleh itu, bagi merealisasikan kecemerlangan diri dalam menghadapi saat-saat genting yang penting ini, setiap calon hendaklah bersedia dengan mantap akan aspek mental. Semua calon mesti mempunyai keyakinan diri yang kuat dan perlu percaya bahawa setiap calon mempunyai potensi untuk cemerlang dan lulus dalam ujian atau peperiksaan.Kepercayaan diri sendiri yang positif akan menghilangkan rasa gementar.
             Kepada semua calon UPSR tahun 2012 yang akan menduduki ujian pada 11 September ini, suka saya ingatkan agar jagalah kesihatan dan dapatkan rehat yang cukup sebelum menduduki ujian.  Di samping itu, sila pastikan segala alat tulis telah tersedia dan mencukupi sepanjang masa ujian dijalankan. Jangan terlalu tertekan atau dalam keadaan ’stress’  pada saat-saat akhir ini. Semua calon diharapkan membaca dengan teliti soalan-soalan yang diajukan dan menjawabnya dengan tenang serta yakin. Calon, ibu bapa/penjaga dan guru juga perlu sentiasa peka dengan Jadual Peperiksaan yang telah dibekalkan agar persediaan lebih mantap dapat dirancang.
             Suka saya ingatkan sekali lagi agar semua calon mengambil sarapan yang seimbang lagi berkhasiat sebelum memasuki ke dalam dewan peperiksaan. Datanglah lebih awal ke sekolah bagi mengelakkan keadaan yang terburu-buru. Semua calon juga mestilah membaca dengan teliti format serta arahan kertas ujian tersebut dan jawab atau tulis dengan jelas. Semua calon juga dinasihatkan supaya jangan gementar.
             Selain itu, kepada semua calon, ibu bapa/ penjaga dan guru agar sentiasa berdoa untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Saya penuh yakin dan percaya semua usaha gigih yang telah kita sama-sama rancang dan jalankan pasti membuahkan hasil yang terbaik. Justeru, tinggilah harapan saya agar apa yang kita harapkan bersama-sama iaitu Ke Arah Hilir Perak Nombor 1, insyaallah akan berjaya. Usaha Tangga Kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Selamat Maju Jaya.
Sekian, terima kasih.
Zainal Abiddin bin Osman, AMP
Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak

Sumber :  http://www.ppdhilirperak.edu.my

No comments:

Post a Comment