Tuesday, May 5, 2009

PERKHEMAHAN

Pada minggu lepas telah berlangsung perkhemahan di Pusat Kokurikulum, Pulau Pangkor. Perkhemahan ini berlangsung selama 2 hari. Murid-murid telah berkhemah dengan diiringi oleh Cikgu Khairuddin, Cikgu Mazlan, Cikgu Fahrul, Ustaz Najib dan Ustazah Norsiah. Seramai 39 orang murid pergi ke Pulau Pangkor. Antara aktiviti yang dilakukan berkayak, flying fox, jejak spora, keyakinan di air, ketahanan jati diri dan lain-lain.
Murid-murid menaiki bas hingga ke Jeti Lumut dan kemudian menaiki Mesra Feri ke Pulau Pangkor. Sembahyang Jumaat di Masjid Pulau Pangkor dan makan di Jeti Lumut.

No comments:

Post a Comment