Friday, October 2, 2009

Pelajar baling kasut ke arah ketua IMF


OZBEK ditahan oleh beberapa pengawal keselamatan selepas membaling kasut ke arah Strauss-Kahn di Universiti Bilgi, Istanbul semalam.


ISTANBUL - Seorang pelajar Turki membaling kasut ke arah Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn semasa beliau menyampaikan ucapan di sini semalam.

Kasut sukan berwarna putih itu mengenai kaki Strauss-Kahn dan dia turut menghampiri pentas utama sehingga terpaksa diheret oleh sekumpulan anggota keselamatan.

"Keluar dari universiti, perompak IMF," jerit pelajar lelaki itu yang dikenali sebagai Selcuk Ozbek ketika Strauss-Kahn berucap di Universiti Bilgi.


STRAUSS-KAHN


"Penting untuk kita untuk mengadakan perdebatan terbuka. Saya gembira kerana dapat bertemu pelajar dan mendengar pendapat mereka. Ini yang IMF perlu lakukan walaupun tidak semua pihak yang bersetuju dengan dasar kami," kata Strauss-Khan dalam satu kenyataan.

Kejadian melempar kasut itu mirip insiden bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush yang nyaris terkena kasut yang dibaling oleh seorang wartawan di Baghdad, Iraq pada Disember lalu.

Turki merupakan tuan rumah mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia di sini yang bermula Sabtu depan. - Reuters

No comments:

Post a Comment