Thursday, October 8, 2009

Teliti Itu Penting

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul
mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat",
katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam
mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka
lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan
menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke
arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam.
Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat
jaritelunjuk.....

SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!

No comments:

Post a Comment