Monday, October 19, 2009

Permata Pintar

Keterangan Ringkas PERMATApintar UKM

Di bahagikan kepada dua program iaitu:
- Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)
- Program Pintar Cerdas Berbakat di Universiti
- Kedua-dua program telah ditanda aras dengan program University John Hopkins dan University Mahidol
- Melibatkan pelajar berumur 9 – 15 tahun.

Program Perkhemahan Cuti Sekolah (PPCS)

Program pengayaan (enrichment)
Kumpulan sasaran program ini ialah dalam kalangan pelajar yang berumur antara 9-12 tahun (pelajar sekolah rendah) dan pelajar yang berumur antara 13-15 tahun (pelajar sekolah menengah).

Mereka akan mempelajari sesuatu bidang ilmu secara lebih mendalam dan dalam konteks yang berbeza dari persekitaran di sekolah. Pelajar diberi peluang memilih dua topik dari tiga mata pelajaran perkhemahan iaitu:
a) Sains
b) Matematik
c) Penulisan kreatif

Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang dipilih oleh Jawatankuasa Pelaksana Program PERMATApintar. Mereka yang akan dipilih sebagai Fasilitator boleh terdiri daripada ahli profesional dalam bidang yang ditawarkan, pensyarah, guru, pelajar Sarjana atau Doktor Falsafah. Mereka akan dilatih oleh pakar yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Program PERMATApintar.

No comments:

Post a Comment