Friday, April 2, 2010

Jantung Bumi dan Tanah Yang Dijanjikan

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)”  (Ali Imran: 140)
Sabda Rasulullah SAW: “Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur.”
(tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu bangsa dari dulu hingga kini. As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; “Kepemimpinan dunia dipegang secara bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat.”
Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat, bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua.   Apabila peristiwa itu benar-benar berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan
dunia kepada bangsa-bangsa.

Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika saya meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara) khususnya Malaysia

Apapun, moga Nusantara tidak lagi ‘di antarakan’, akan tetapi bercantum kembali di hati agar jantung bumi akan berdenyut kembali dan dunia akan menyanyi kembali dengan riangnya.

No comments:

Post a Comment