Thursday, July 9, 2009

Misteri Hujan

Misteri Hujan Luar Biasa
Salah satu fenomena hujan luar biasa yang menimbulkan persoalan aneh adalah yang berlaku pada musim panas di Ethiopia pada tahun 2000.Akhbar tempatan melaporkan bahawa dikawasan tersebut bertan-tan ikan turun daripada langit - ada ikan yang masih hidup dan mati - menimbulkan rasa panik dikalangan penduduk di wilayah tersebut.
Kajian dilakukan dan mendapati bahawa ikan tersebut terperangkap di dalam ribut dan puting beliung.Lalu,ikan tersebut diterbangkan dari kawasan yang berbatu-batu jauhnya. Walaupun kajian tersebut boleh dipercayai, namun misteri disebalik kejadian tersebut seperti hujan ikan,hujan burung hering,hujan katak tidak dapat dihuraikan. Mari saksikan kes-kes hujan luarbiasa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.

Katak
  • Pada 1873, Scientific American melaporkan bahawa Kansas City, Missouri telah dihujani dengan beribu-ribu katak yang jatuh dari langit semasa ribut
  • Selepas ribut reda pada 1901 di Minneapolis,Minnesota, penduduk berlindung didalam rumah masing-masing selepas melihat fenomena langit yang bertukar menjadi warna hijau dan diikuti dengan bunyi yang menakutkan.Bumbung dan dinding rumah mereka seperti dibaling oleh sesuatu.Apabila keadaan kembali normal,kawasan di kampung mereka dipenuhi dengan beribu-ribu ekor katak.
  • Penduduk di Naphlion, sebuah bandaraya di selatan Greece, terperanjat apabila mereka melihat beratus-ratus katak kecil hijau di kawasan kampung mereka pada tahun 1981..Institut Kajicuaca Yunani mempercayai bahawa katak-katak tersebut terperangkap semasa ribut yang melanda di kawasan utara afrika!!!
  • Pada 1995, Nellie Straw dari England tersadai di dalam keretanya semasa ribut berlaku di Scotland yang membawa beratus-ratus ekor katak.
Kejadian Aneh Lain
  • Pada 1881, ribut petir di Worcester, England, membawa turun bertan-tan ketam!!!
    Pada November 1996, kawasan perumahan di selatan Tasmania telah dipenuhi dengan obor-obor.
  • Seorang nelayan korea yang sedang menangkap ikan di kepulauan Falkland pengsan setelah dihempap oleh sotong beku yang jatuh dari langit.
  • Penduduk di kerala,india gempar apabila menyangkakan mereka akan dihujani dengan meteor tetapi sebenarnya ia adalah air yang dipenuhi dengan spora merah.Kejadian tersebut berlaku pada julai 2001.
  • Dari 1982 hingga 1986 , bertan-tan jagung telah jatuh dibawa ribut di kawasan Evans, Colorado namun pihak berkuasa tempatan tidak pernah menerima laporan daripada petani yang mengalami kerugian.
  • Pada 1877, beberapa ekor buaya jatuh dari langit di kawasan ladang milik J. L. Smith’s di selatan Carolina.Buaya itu tidak mengalami kecederaan malah merangkak menuju ke sungai berhampiran.

No comments:

Post a Comment